dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI SEPTEMBER 2024

1) Program Fun Walk Jiwa Merdeka Felda Lenga

Pada 16 Sept 22024 NADI Felda Lenga telah dijemput & diberikan peluang untuk sama-sama menjayakan pengisian sambutan Hari Malaysia vs Maulidur Rasul sempena Program Fun Walk Jiwa Merdeka peringkat Wilayah Segamat yang dianjurkan oleh Pengurusan Pejabat Felda Lenga.

Selesai acara fun walk sejauh 5km sekitar Felda Lenga, diteruskan pula dengan aktiviti Kuiz Sempena Kemerdekaan & Maulidur Rasul serta aktiviti' Musang Berjanggut' bagi mengisi masa santai-santai berehat sementara menunggu acara kemuncak iaitu pengumuman pertandingan Rumah & Papan Tanda Blok Terbaik.

2) Program Konvoi Bermotor sempena Bulan Kemerdekaan Mukim Lenga

8 September 2024

NADI Felda Lenga telah dijemput untuk membuka booth di Program Konvoi Bermotor sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Mukim Lenga bertempat di Dataran MPM Pekan Lenga.

Antara pengisian di booth NADI ialah memperkenalkan perkhidmatan baru yang bakal ada di NADI, aktiviti advokasi dan kemerdekaan. Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah, ibu bapa serta komuniti setempat.

3) Kelas Asas Membuat Bouquet Coklat

20 September 2024

Aktiviti sempena cuti sekolah - Kelas Asas Membuat Bouquet Coklat di NADI Felda Lenga. Terima kasih juga kepada tenaga pengajar Yang juga rakan staff NADi dari Nadi Pekan Lenga, Nurain Wahida Abd Wahid yang sudi berkongsi ilmunya.