dikendalikan oleh   

Jenis Komuniti Setempat

Suasana Sambutan Maulidurrasul Felda Sri Ledang yg berlangsung hari ini(25 Dis 2015) di Masjid Al Muhajirin, Felda Sri Ledang.

Tradisi dan amalan berarak dan berselawat masih tetap diteruskan oleh Warga Felda Sri Ledang. Majlis yg berlangsung di masjid, menampilkan Dai'e Pendakwah Millenium Azam Al Kankari yg diundang menyampaikan ceramah. Dengan gaya yg bersahaja, sedikit lawak dan menyampaikan ilmu secara santai menambat perhatian seluruh Warga Felda Sri Ledang. Terimakasih kpd Jkkk Felda Sri Ledang, Pengurusan Masjid,Pengurusan Felda Sri Ledang, Mbfm Sri Ledang, blok-blok biro-biro dan semua yg berkerjasama utk memastikan Maulidurrasul tahun ini berlangsung dgn jayanya.
Sekitar kemeriahan sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal Haji/Hajjah Felda Sri Ledang 2015 yg berlangsung pd 29hb Julai 2015 di Dewan Felda Sri Ledang. Majlus dimulakan dgn ucapan alu-aluan dari Pengurus Felda Sri Ledang, En Md Nasir bin Md Shah dan Ketua Kampung Felda Sri Ledang, Tn. Hj. Mutalib bin Md Diah. Turut berlangsung alunan Selawat Marhaban gabungan AJK Masjid,Belia dan Warga Felda Sri Ledang. Terimakasih kpd semua Biro2 dan Badan2 yg bekerjasama menyediakan juadah dan memastikan majlis berjalan lancar dari mula hingga akhir.